Wednesday 1 April 2015

4Shared (Afiqah)

4Shared

4shared merupakan sebuah laman web perkhidmatan yang membenarkan seseorang pengguna memuat turun dan memuat naik fail .Laman web perkongsian fail ini ditubuhkan pada 2005 oleh Alex Lunkov dan Sergey Chudnovsky.Sehingga pada hari ini laman perkongsian fail ini merekodkan 5 juta pengguna , 11 juta lawatan harian ,940TB fail yang dihoskan dan 317TB pemindahan fail setiap hari.


Penggunaan 4shared

4shared membenarkan pengguna-pengguna untuk muat naik dan muat turun fail-fail dengan sebarang pelayar web. Pendaftaran yang biasa membenarkan pengguna-pengguna untuk muat naik 10240 MB ke akaun mereka. Pengesahan pendaftaran melalui emel mengembangkan ruang penyimpanan sehingga 15 GB. Pengguna-pengguna Premium akan diberi ruangan 100 GB untuk menyimpan fail-fail.

Selepas sesuatu muat naik yang berjaya, pengguna akan diberi URL yang unik yang akan membenarkan orang lain untuk muat turun fail. Fail-fail yang telah dimuat naik akan disimpan sehingga pengguna-pengguna memasuki akaun mereka sekurang kurangnya setiap 30 hari atau sekurang-kurangnya satu daripada fail itu dimuat turun setiap 30 hari. Akaun-akaun premium tidak mempunyai masa tamat tempoh sehingga pengguna meneruskan sebagai pengguna premium. 

Fungsi Interface pengguna adalah sama dengan fungsi standard windows explorer.

Penguna-pengguna yang belum didaftar perlu menunggu 20 saat didalam barisan muat turun

(CAPTHCA tidak perlu disempurnakan) dan boleh memulakan beberapa muat turun secara serentak

No comments:

Post a Comment