Tuesday 24 February 2015

Pengenalan kepada Wikipedia

Wikipedia ialah sebuah website yang seringkali digunakan untuk mencari maklumat tentang suatu perkara.
Laman web ini dilancarkan pada 15 Januari 2001 oleh Jimmy Wales dan Larry Sanger .
Laman web ini mempunyai banyak maklumat hasil dari kerjasama komuniti yang luas.
Setiap orang boleh mengubah sesetengah artikal demi kebaikan tetapi perlu menunggu pengesahan dari pihak tertentu supaya versi yang diubah boleh dikenalpasti sebagai artikel yang sah bukannya vandalisma semata-mata.


Kebaikan dan keburukan wikipedia ditentukan oleh faktor yang sama iaitu bahawa wikipedia sebuah laman web maklumat yang bebas .Kadangkala ianya di edit oleh orang yang berpengalaman dan berilmu tetapi ia juga boleh menyebabkan sesorang itu menyikut fahaman sendiri dan melakukan pengubahan artikel secara  melulu mengikut fahaman sendiri .

Di wikipedia juga terdapat pelbagai bahasa yang boleh dipilih mahupun Bahasa Melayu...

Artikel wikipedia juga boleh di gunakan tanpa mendapatkan sebarang kebenaran dari mana-mana pihak tetapi dengan syarat2 tertentu ...

No comments:

Post a Comment